Sunday, 11 November 2012

Alat-alat canggih


Alat-alat yang Digunakan untuk Mengatasi Had Keupayaan Manusia

1      Manusia telah mencipta pelbagai alat untuk mengatasi had keupayaan mereka.
2       Jadual berikut menunjukkan beberapa contoh alat yang digunakan oleh manusia untuk mengatasi had keupayaan mereka.
Had Keupayaan Manusia
Alat untuk Mengatasi Had Keupayaan
Tidak mampu mengingati terlalu banyak perkara.

Komputer membolehkan kita menyimpan banyak data dan maklumat.
Tidak mampu menyelesaikan masalah matematik yang rumit dengan cepat dan tepat.

Kalkulator dan komputer membolehkan kita mengira dengan cepat dan tepat.

Tidak mampu berjalan dalam jarak jauh.

Kenderaan darat seperti kereta dan bas membolehkan kita pergi ke tempat yang jauh dengan cepat dan selesa.


Tidak mampu terbang dari satu tempat ke tempat lain.

Kapal terbang membolehkan kita pergi ke tempat yang sangat jauh melalui udara dengan cepat dan selesa.
Tidak mampu berenang dalam jarak jauh.

Kapal laut membolehkan kita pergi ke tempat yang jauh melalui lautan dengan cepat dan selesa.
Tidak mampu mengangkat objek yang besar dan berat.

Jentera seperti kren dan trak angkat susun membolehkan kita membawa dan mengangkat objek yang terlalu besar dan berat.

Tidak mampu melihat objek yang halus dan seni.

Kanta pembesar dan mikroskop membolehkan kita melihat objek-objek yang halus dan seni dengan lebih jelas. Dengan menggunakan mikroskop, kita mampu melihat benda hidup yang tersangat halus seperti kuman.
Tidak mampu melihat objek yang jauh.




Binokular dan teleskop membolehkan kita melihat objek yang sangat jauh dengan jelas. Dengan menggunakan teleskop, kita dapat melihat bintang, planet dan Bulan yang sangat jauh dari Bumi.
Tidak mampu mendengar bunyi yang sangat perlahan.

Mikrofon dan stetoskop membolehkan kita mendengar bunyi yang sangat perlahan dan jelas. Stetoskop digunakan oleh doktor untuk mendengar degupan jantung pesakit.
Tidak mampu bercakap dengan kuat untuk didengar oleh orang yang jauh.


Telefon, telefon bimbit dan megafon membolehkan kita mendengar bunyi daripada jauh. Dengan menggunakan telefon dan telefon bimbit, kita boleh bercakap dengan seseorang yang jauh daripada kita.

10 comments:

kon ted khim said...

Syabas, blog yang menarik.

Chia Yan Yan said...

gambar yang menarik.

choonmoi phang said...

satu blog yang mengandungi pelbagai alatan canggih serta kegunaannya, harap blog ini akan memanfaatkan kepada semua

Liew Jc said...

Alat yang canggih, blog yang menarik, syabas!

Jong hc said...

wow! sungguh hebat peralatan moden ini!

thienyinghui(D20112054505) said...

Maklumat yang amat berguna! pasti akan menarik perhatian murid-murid.

Junaidi bin Eber said...

Tahniah atas kejayaan mencipta blog sendiri yang berinfomasi.

CHAN GEOK KHENG D20112054506 said...

Nice blog!

Ling Siaw Chin said...

Syabas, cantiknya blog cikgu. nota yang padat.

GOH POI HIA said...

Blog yang menarik dengan gambar yang canggih.Well done!